• Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Karipap Kentang

Archives for March 2019

TIPS MENGAWAL & MENYELESAIKAN MASALAH

22 March 2019 by bubbly Leave a Comment

Tipulah kalau korang tak hadap masalah, tak kira la masalah besar atau kecik, pasti kita akan diuji dengan masalah. Tapi tak semua orang boleh handle masalah dengan tenang even masalah tu kecik apatah lagi masalah besar.

So, kali ni aku nak share beberapa tips dan cara untuk kita handle masalah yang kecik dan besar.

Semua orang akan berhadapan dengan masalah, kita hanya perlu menyelesaikan dengan bijak sahaja.

1) Tenang is Good

Mesti dalam keadaan tenang, kita takkan dapat menyelesaikan masalah jika hati kita tak tenang, sebab kita perlukan aura positif dalam diri kita untuk mencapai penyelesaian. Jadi, Tarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan-lahan, banyakkan selawat dan istighfar yer.

2) Kenal pasti Punca dan Impak Masalah.

Ini benda penting, kadang-kadang masalah yang kita dok fikir bukanlah masalah kita kan? Jadi, kalau masalah itu masalah kita barulah kita buat tindakan selanjutnya. Kemudian, adakah masalah itu boleh dikawal atau tidak.

Kita jadi stress selalunya masalah yang kita tak boleh kawal contohnya ekonomi negara, Politik dan Hal orang lain. Jadi, kita hanya perlu fikir masalah yang kita boleh kawal contohnya kewangan diri sendiri, impian kita dan diri sendiri.

3) Tulis Segala apa yang bermain di fikiran didalam kertas

Kita jangan beratkan kepala dan otak kita sebab otak kita ini kita gunakan untuk penyelesaian sahaja. Segala masalah kita tulis diatas kertas supaya otak kita tak berat berfikir berulang-ulang kali.

Dan, tuliskan penyelesaian disebelah kepada masalah itu supaya kita boleh sesuaikan masalah dan penyelesaian. Masalah dan penyelesaian itu mestilah spesifik. Contoh;

Masalah : Nak cari duit tambahan setiap bulan RM1,000 untuk simpanan kahwin dalam masa 10 bulan.
Penyelesaian : Berniaga Part-time di Coway disebelah malam 7 hari seminggu selama 10 bulan.

Jangan penuhkan kepala dengan fikir masalah berulang kali, otak berfungsi untuk mencari penyelesaian.

4) Win-Win Situation

Jika masalah itu melibatkan pihak yang lain, pastikan langkah penyelesaian itu mestilah memberi kesan positif dan keuntungan kepada setiap pihak yang terlibat.

5) Pendapat Pihak Ke-Tiga

Jika buntu dapatkan pendapat dari orang yang dipercayai dan tak terlibat secara langsung atau tidak langsung. Lebih baik orang yang pernah lalui situasi yang sama.

6) Pilihan Jawapan terbaik

Pastinya setiap masalah kita akan ada beberapa penyelesaian, maka pilihlah yang terbaik mengikut impak penyelesaian dan kemampuan kita. Jangan pilih yang diluar kemampuan kita sehinggakan kita tak mampu bertindak kepada penyelesaian tu.

7) Proses & Perancangan Tindakan

Buat pelan tindakan terhadapan masalah tadi, pastikan pelan itu menjurus kepada penyelesaian mengikut timeline dan result yang kita nak.

8) Tindakan

Ramai yang tersangkut untuk menyelesaikan masalah kerana tak bertindak. Sebab utama kerana tidak bertindak bila dah merancang, selalunya kerana perancangan tak mengambil kira kemampuan kita. kalau terjadi perkara ini, revised pelan tindakan.

Kalau tak bertindak juga, masalah takkan selesai.

9) Tawakal dan Doa

Selepas segala perkara dan dibuat, berdoalah dan bertawakal dengan Allah s.w.t supaya mencapai matlamat dan dipermudahkan segala urusan. Kerana dari Dia masalah itu datang, dangan Dia jugalah akan menyelesaikan.

Kita tak boleh lari dari masalah dan ujian, kita sebagai manusia dan hamba perlu belajar dan mencari ilmu serta bertindak terhadap masalah yang diberi.

Tawakal dan berdoa untuk dipermudahkan segala urusan.

“JANGAN TAKUT MENGHADAPI KESULITAN ATAU MASALAH, KERANA DISITULAH ORANG BIJAK, ORANG HEBAT, ORANG SUKSES & ORANG PINTAR DITEMPA DAN DICETAK”

Filed Under: Tips & Info Tagged With: Cara menyelesaikan masalah, Penyelesaian Masalah, Tips selesai masalah

BIBIR TEBAL AKIBAT AYAM

21 March 2019 by bubbly Leave a Comment

Aku memang dilahirkan dalam keluarga yang suka makan pedas, jadi kalau makan yang tak pedas ni rasa kurang kaw la, mesti nak kena pedas jugak.

4 bulan yang lepas aku terjumpa 1 posting di fesbuk tentang sebuah kedai yang sibuk diperkatakan tentang kepedasan sambal menpunyai tahap pedas gila, kita sebagai pelanggan boleh pilih nak pedas yang macamana.

Satu hari aku dengan isteri tengah pening nak makan dimana, biasalah kalau tanya orang perempuan jawapannya mestilah “saya ikut awak jer”, jadi sebagai lelaki yang hensem. Aku pun memilih tempat makan.

Kali ini aku pilih nak makan di Warung Ayam Gepuk Pak Gembus, lepas solat zuhur kami bersiap nak ke kedai itu, lokasi warung itu terletak di Rasta TTDI yang terletak di Taman Tun Dr. Ismail, berhampiran trafik light Sungai Penchala.

Kalau datang waktu lunch memang akan beratur lama sikit la jawabnya

Sampai je disana, kami terus kewarung Ayam Gepuk Pak Gembus tu, kami beratur untuk order, ada beberapa pilihan menu tapi asasnya adalah Nasi Putih, Ayam Goreng & Sambal Giling.

Sambal pulak ada beberapa level, boleh pilih nak yang biasa, pedas & Pedas Gila. Aku yang berdarah Minang ni dengan bongkak terus order tahap Pedas Gila dan Pedas untuk isteri aku.

Tapi budak kaunter tu terus tegur “Abang baru first time makan kan.?” Aku pun jawab “betul, baru nak cuba”. Terus budak kaunter tu menjawab balik “apa kata abang cuba dulu tahap Pedas, saya risau abang tak boleh makan jer yang pedas gila ni”

Dengan muka tak puas hati aku pun meng’iya’kan je la apa saranan dia sambil dalam hati aku cakap “pedas sangat ke sampai tak bagi aku order yang tu”

Tengok dia giling cili tu pun dah berkecur air liur

Disebabkan kami datang waktu makan tengahari maka lama jugak kami menunggu, adalah dalam 20 minit baru dapat makanan kami. Memang tak sabar nak rasa ni.

Dimulakan dengan bismillah, aku gaulkan nasi putih tadi dengan sambal dan ayam goreng tadi, untuk suapan pertama yang agak gelojoh terus terbeliak mata aku dengan kepedasan dia.

Nasib baik aku dengar nasihat budak tu, kalau tak memang tak makan la aku, lalu aku berusahalah nak habiskan nasi tadi, terpaksa aku tambah kicap manis untuk kurangkan pedasnya.

dimulakan dengan bismillah

Walaupun bibir aku makin menebal dek kepedasan Sambal tadi, tapi kesedapan Sambal tu yang digaul dengan bawang goreng memang padu, pedas berlemak bab kata orang.

Sambil makan sambil aku lap peluh aku, bini aku selamba jer dia makan tanpa rasa bersalah, aku dah dua gelas air habis ni. Rupanya bini aku lagi hebat dari aku bab makan pedas ni. Makin tebal bibir aku yang sememangnya tebal ni.

Kalau korang nak cuba resepi dari Surabaya ni, korang bolehlah cari Warung Ayam Gepuk Pak Gembus. Tips yang aku nak share kalau nak makan kat sini adalah :-

1) Ambil pedas Tahap 10 cili je untuk yang pertama kali
2) Datang sebelum waktu makan tengah hari.
3) Ayam cepat habis, jadi datang awal
4) Jangan berlagak macam aku hahahaha

Specialnya kat sini, Nasi & Sambal boleh ditambah secara ‘FREE OF CHARGE’. Kalau kedai lain tambah Nasi & Sambal kalau tambah mesti kena caj. Kira kedai ni pemurah la gitu.

Lokasi Warung Ayam Gepuk Pak Gembus ni yang aku pernah pergi di :-

1) Rasta TTDI
2) Jalan Gombak
3) Keramat
4) Selayang

Dia ada beberapa cawangan lain lagi, tapi belum pernah sampai. Walaupun sedap, tapi menu ni tak boleh makan selalu risau kena apendiks dan buasir je nanti. Hahahaha

Korang bolehlah try menu ni, pasti korang puas hati. Meleleh pulak air liur aku saat tengah buat entry ni. Esok nak cari la Warung Ayam Gepuk Pak gembus ni. Waze atau Google je location yang berdekatan dengan lokasi korang yer

Shamsul Bahri
Suka Cari Kedai Makan

Filed Under: Food Tagged With: Ayam Gepuk Pak Gembus, Ayam Pedas, lokasi tempat makan sedap di KL, Rasta TTDI

KEGILAAN PEMINAT HOT WHEELS

19 March 2019 by bubbly Leave a Comment

Selalu kita dengar tentang permainan kereta nih mesti kita dikalangan kanak-kanak kan? tapi sebenarnya dikalangan orang-orang dewasa juga ada yang membuat koleksi kereta mainan dari ketegori Hot Wheels.

Koleksi Hot Wheels

Beberapa mimggu lepas, aku duduk melepak dengan seorang kawan aku bernama Azim, dia salah seorang pengumpul kereta-kereta HotWheels ni dari macam-macam kategori. sambil tu juga dia ada menjual beberapa koleksi Hot Wheels kepada peminat yang lain

Dari Cerita yang dikongsi, rupanya setiap Hot Wheels ni harganya tak sama, perbezaan harga setiap Hot Wheels mengikut model dan kuantiti penghasilannya. Contohnya, sekiranya ia adalah model yang jarang dijumpai, nilai harganya akan naik tinggi.

Bagi yang biasa, nilainya mencecah RM30 – RM200 seunit, ada juga nilainya mencecah ribuan ringgit. Seperti tak percaya, sebiji Hot Wheels yang paling mahal mencecah $72,000 (RM288,000) gila kan?

1969 Pink Rear - Loading Volkswagen Beach Bomber model yang paling mahal mencecah hampir $100,000

Antara kategori Hot Wheels yang pernah dikongsi dengan aku oleh Azim adalah
1) Muscle Car
2) Performance Car
3) Custom Car

Lain orang lain kategori kereta yang diminati, aku pun dah mula rasa nak simpan. Salah satu sebab yang menarik tentang Hot Wheels, mereka ni ada komuniti bagi peminat Hot Wheels. Mereka selalu berkumpul dan berbincang tentang Hot Wheels mereka dan berkongsi idea.

Jadi, bagi aku ini adalah antara minat yang paling unik aku pernah dengar dan peminatnya sanggup habiskan ribuan ringgit untuk memenuhi kepuasan masing-masing.

Oklah, kita jumpa lagi dalam entry yang lain selepas ini, nak pergi ke giant mall kejap nak cari Hot Wheels yang cantik-cantik buat koleksi.

Filed Under: Tips & Info Tagged With: Hobi Orang dewasa, Hot Wheels paling Mahal, Koleksi kereta Hot Wheels, Peminat Hot Wheels

Jangan salah beli raket Badminton

19 March 2019 by bubbly Leave a Comment

Dulu aku adalah seorang pemain sepak takraw yang sangat aktif, tapi sejak berat badan dah naik dan dah lama aku tinggalkan dunia sepak takraw, jadi aku aktif pula dengan sukan badminton.

Takraw ni susah sikit nak main kalau tak cukup pemain dan mesti kena ada tempat yang biasa orang berkumpul, nanti aku ceritakan pasal Sepak Takraw pulak. Kali ni aku nak cerita pasal badminton je.

Masa awal-awal nak aktif, aku belasah beli je raket badminton ni, asal cantik di mata aku je aku terus beli. Lepas main beberapa kali aku sedar yang raket cantik aku beli ni tak best dan buatkan tangan aku sakit.

Jenama Raket bukan ukuran, tapi spesifikasi yang sesuai dengan kita lebih penting

Jadi aku tak puas hati, aku berboraklah dengan tauke kedai raket ditempat yang aku selalu main. Rupanya nak beli raket ni kena tau kekuatan tangan kita dan corak permainan kita.

Aduh, aku dah labur banyak dah pada raket cantik tadi. Tapi tak apa, ini mungkin pelaburan aku untuk aku belajar tentang raket badminton ni.

Untuk beli sebatang raket badminton yang sesuai ni ada beberapa perkara asas untuk kita tahu :-

1) Berat Raket
2) Ketegangan Tali
3) Fleksibiliti Raket
4) Ukuran Grip
5) Titik Keseimbangan
6) Bentuk Raket
7) Panjang Raket
8) Bahan Raket

Kalau salah setting ketegangan tali pun buatkan kita tak selesa bermain.

8 perkara tadi paling penting untuk kita tahu samada raket tu sesuai atau tidak dengan kita. Raket ni juga boleh bantu permainan kita jadi lebih mudah dan yang paling penting untuk elakkan kecederaan pada pergelangan tangan.

Yelah kan, tangan tak kuat tapi pakai raket berat dan tali terlalu tegang. Tapi kita jangan salah beli pulak, ada spesifikasi raket yang hanya untuk latihan sahaja.

Kalau beli untuk main dengan keluarga di taman permainan, beli yang murah-murah je. Kalau patah pun tak sakit hati kan.

Kalau nak tau lebih tepat raket yang sesuai, pergilah beli raket dia kedai yang khas jual peralatan badminton sahaja dan dapatkan khidmat nasiht sebelum membeli, selalunya ada di dewan badminton swasta.

Ok guys. Selamat Smash..

Filed Under: Tips & Info Tagged With: court badminton, raket badminton

Di Sebalik Penulisan Blog Ini

17 March 2019 by bubbly Leave a Comment

Syukur Alhamdulillah, walaupun aku bukanlah berlatar-belakangkan bidang I.T akan tetapi terhasil juga sebuah blog untuk berkongsi segala macam jenis idea,info, pendapat & ilmu untuk memberi manfaat kepada sesiapa sahaja yang membacanya.

Kerana, sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada orang lain walaupun hanya melalui penulisan. Didalam blog ini akan aku kongsikan segala ilmu dan pendapat yang aku ketahui untuk dikongsi bersama dengan para pembaca.

Sebuah kisah yang best akan jadi lebih best bila dikongsi

Berkongsi Idea & Pendapat

Aku memang seorang yang suka menyuarakan pendapat dan idea terhadap sesuatu isu yang sedang hangat dan isu yang bermain difikiran. Mungkin juga ia dapat membantu korang yang mempunyai isu yang sama dengan apa yang dipost oleh aku.

Minat & Aktiviti

Aku juga suka berkongsi minat dan aktiviti yang aku lakukan kepada pembaca kerana mungkin dengan posting kategori ini boleh memberi idea dan inspirasi kepada siapa yang ingin memulakan minat & aktiviti yang sama.

Tips Perniagaan & Usahawan

Sebagai seorang usahawan, aku juga begitu berminat untuk berkongsi segala cerita, maklumat dan tips usahawan kepada pembaca terutamanya kepada usahawan yang baru ingin memulakan perniagaan.

Kekeluargaan & Perhubungan

Disamping itu aku juga akan berkongsi sedikit sebanyak tips kekeluargaan berdasarkan ilmu dan pengalaman yang dah aku lalui dan pelajari

Harap para pembaca mampu memberikan komen yang membangun didalam setiap posting yang akan diterbitkan nanti. Semoga kita akan sentiasa berhubung dalam blog ini.

Jazakallah..



Filed Under: Tips & Info

Kem di Nur Lembah Pangsun

17 March 2019 by bubbly Leave a Comment

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

2 hari yang lepas, Aku bersama 34 lagi rakan seangkatan aku bergerak ke Nur Lembah Pangsun untuk bertapa bagi mencungkil ilmu baru untuk kami yang bar nak berjinak-jinak dalam bidang Blogging.

Jam 2.30pm kami bergerak dari pejabat di Sri Permaisuri cheras ke Lokasi mengambil masa 28 minit jika jalan tak sesak, aku berkongsi kenderaan dengan sahabatku Azan menaiki kenderaan aku.

Sebelum kami tiba di lokasi, sempat juga kami singgah di makan tengahari di gerai Nasi Ayam Alang yang terletak 2km dari lokasi. Sungguh tak sangka didalam ceruk ini ada Kedai Nasi Ayam yang sungguh sedap dengan suasana kampung.

Selesai mengisi perot yang kosong, kami terus bergerak ke Lokasi, akan tetapi setelah sampai seperti yang ditunjuk oleh aplikasi Waze, seakan seperti tidak serupa yang dinyatakan, rupanya Waze membawa kami ke Sungai Congkak.

Ini kali ke seratus aku tertipu dengan waze, terus kami bertanya pada orang kampung lokasi sebenar lokasi sebenar, rupanya sebelum kami ini sahabat kami juga telah tertipu dengan Waze dan sampai dilokasi sama.

Waze bawa kami ke lokasi, malangnya salah tempat


Tiba dilokasi

Ini kali pertama aku sampai di kem ini, kawasan yang sungguh luas dan sangat sesuai untuk aktiviti Team Building atau pun Family Day. kerana kelangkapan dan aktiviti yang disediakan amat bersesuaian.

Sampai sahaja, aku mendaftar sebagai peserta bootcamp dan terus check-in ke bilik, rupanya kami ditempatkan didalam dorm seperti dorm asrama sewaktu belajar dahulu, cumanya tiada almari dan bilik airnya berkongsi beramai-ramai.

Memang dijangkakan, dengan keadaan cuaca malaysia yang sedang mengalami suhu panas melampau, keadaan didalam bilik juga begitu panas walaupun mempunyai kipas siling sebanyak 4 biji.

Gerbang Nur Lembah Pangsung Eco Resort

Aktiviti Bermula

Tepat Jam 5.30petang, kami diminta berkumpul oleh instructor kami untuk berkumpul ditepi sungai dan disitulah kami memulakan kelas, wow ini pengalaman pertama aku belajar dan berkongsi bersuasanakan sungai yang mengalir.

Sesi belajar tepi sungai

selepas maghrib, kami menerima mesej dalam group whatsapp untuk turun ke dewan makan dan selepas itu meneruskan kelas didewan yang disediakan untuk kelas malam pula.

selesai kelas jam 11.30 malam, kami pon lepak ramai-ramai didewan makan sambil berborak, sedang seronok berborak berkaitan blog, seorang kawan aku timbulkan cerita mistik sewaktu dia didalam hutan, seronok juga dengar cerita macam ni sampaikan aku nak balik bilik pun risau.

Seronok sangat berborak, tak sedar jam dah menujukkan jam 2.30pagi, beramai-ramailah kami bergerak ke dorm. Suasana dorm jadi meriah bila orang-orang tua berkumpul dalam dorm.

Hari kedua yang memeritkan

Selesai solat subuh, kami turun ke kawasan lapang untuk sesi regangan otot, waktu pagi kan bagus untuk sesi begini. Sesi ini kami join sekali dengan kumpulan dari UPSI yang diketuai oleh Pak Long iaitu fasilitator kem ini.

Kemudian kami meneruskan kelas pecah otak berkaitan apa ilmu baru yang kami perlukan disini.

Kelas malam dan kerja berkumpulan

Hari Terakhir Kem

Seawal pagi, kami menerima mesej dalam Whatsapp Group “Sila bawa laptop untuk kita kelas hari ini”

Sampai sahaja di dewan, kami cuba untuk mengakses ke internet tetapi gagal kerana kesesakan signal operator talian akibat dari kedudukan kem didalam hutan dan kuantiti pengunjung kem ini yang mencapai 300 orang.

Kami tiada pilihan lain, kami terus bergegas pulang dan menuju ke Pejabat kami yang terletak 18km dari kem, disini kami sambung pembelajaran kami.

kena pindah kelas sebab tiada internet


Filed Under: Aktiviti, Family & Parenting, Food, Sports, Travel & Leisure Tagged With: ilmu best dalam hutan, lokasi family day, lokasi team building

Hello world!

13 March 2019 by bubbly 1 Comment

Welcome to WordPress. This is your first post. Edit or delete it, then start writing!

Filed Under: Tips & Info

Primary Sidebar

Recent Posts

  • TIPS MENGAWAL & MENYELESAIKAN MASALAH
  • BIBIR TEBAL AKIBAT AYAM
  • KEGILAAN PEMINAT HOT WHEELS
  • Jangan salah beli raket Badminton
  • Di Sebalik Penulisan Blog Ini

Recent Comments

  • A WordPress Commenter on Hello world!

Archives

  • March 2019

Categories

  • Aktiviti
  • Family & Parenting
  • Food
  • Sports
  • Tips & Info
  • Travel & Leisure

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Karipap Kentang on the Foodie Pro Theme