Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
2 hari yang lepas, Aku bersama 34 lagi rakan seangkatan aku bergerak ke Nur Lembah Pangsun untuk bertapa bagi mencungkil ilmu baru untuk kami yang bar nak berjinak-jinak dalam bidang Blogging.
Jam 2.30pm kami bergerak dari pejabat di Sri Permaisuri cheras ke Lokasi mengambil masa 28 minit jika jalan tak sesak, aku berkongsi kenderaan dengan sahabatku Azan menaiki kenderaan aku.
Sebelum kami tiba di lokasi, sempat juga kami singgah di makan tengahari di gerai Nasi Ayam Alang yang terletak 2km dari lokasi. Sungguh tak sangka didalam ceruk ini ada Kedai Nasi Ayam yang sungguh sedap dengan suasana kampung.

Selesai mengisi perot yang kosong, kami terus bergerak ke Lokasi, akan tetapi setelah sampai seperti yang ditunjuk oleh aplikasi Waze, seakan seperti tidak serupa yang dinyatakan, rupanya Waze membawa kami ke Sungai Congkak.
Ini kali ke seratus aku tertipu dengan waze, terus kami bertanya pada orang kampung lokasi sebenar lokasi sebenar, rupanya sebelum kami ini sahabat kami juga telah tertipu dengan Waze dan sampai dilokasi sama.

Tiba dilokasi
Ini kali pertama aku sampai di kem ini, kawasan yang sungguh luas dan sangat sesuai untuk aktiviti Team Building atau pun Family Day. kerana kelangkapan dan aktiviti yang disediakan amat bersesuaian.
Sampai sahaja, aku mendaftar sebagai peserta bootcamp dan terus check-in ke bilik, rupanya kami ditempatkan didalam dorm seperti dorm asrama sewaktu belajar dahulu, cumanya tiada almari dan bilik airnya berkongsi beramai-ramai.
Memang dijangkakan, dengan keadaan cuaca malaysia yang sedang mengalami suhu panas melampau, keadaan didalam bilik juga begitu panas walaupun mempunyai kipas siling sebanyak 4 biji.

Aktiviti Bermula
Tepat Jam 5.30petang, kami diminta berkumpul oleh instructor kami untuk berkumpul ditepi sungai dan disitulah kami memulakan kelas, wow ini pengalaman pertama aku belajar dan berkongsi bersuasanakan sungai yang mengalir.

selepas maghrib, kami menerima mesej dalam group whatsapp untuk turun ke dewan makan dan selepas itu meneruskan kelas didewan yang disediakan untuk kelas malam pula.
selesai kelas jam 11.30 malam, kami pon lepak ramai-ramai didewan makan sambil berborak, sedang seronok berborak berkaitan blog, seorang kawan aku timbulkan cerita mistik sewaktu dia didalam hutan, seronok juga dengar cerita macam ni sampaikan aku nak balik bilik pun risau.
Seronok sangat berborak, tak sedar jam dah menujukkan jam 2.30pagi, beramai-ramailah kami bergerak ke dorm. Suasana dorm jadi meriah bila orang-orang tua berkumpul dalam dorm.
Hari kedua yang memeritkan
Selesai solat subuh, kami turun ke kawasan lapang untuk sesi regangan otot, waktu pagi kan bagus untuk sesi begini. Sesi ini kami join sekali dengan kumpulan dari UPSI yang diketuai oleh Pak Long iaitu fasilitator kem ini.
Kemudian kami meneruskan kelas pecah otak berkaitan apa ilmu baru yang kami perlukan disini.

Hari Terakhir Kem
Seawal pagi, kami menerima mesej dalam Whatsapp Group “Sila bawa laptop untuk kita kelas hari ini”
Sampai sahaja di dewan, kami cuba untuk mengakses ke internet tetapi gagal kerana kesesakan signal operator talian akibat dari kedudukan kem didalam hutan dan kuantiti pengunjung kem ini yang mencapai 300 orang.
Kami tiada pilihan lain, kami terus bergegas pulang dan menuju ke Pejabat kami yang terletak 18km dari kem, disini kami sambung pembelajaran kami.
