• Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Karipap Kentang

Seketul Shamsul

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.

Nama aku Shamsul Bahri Bin Mohamad Johar, Alhamdulillah ini adalah entry paling best dalam blog ini iaitu berkaitan diri aku, aku akan kongsikan serba sedikit tentang diri dan latar belakang aku supaya kita boleh saling mengenali dan saling melengkapi cia cia cia.

Aku merupakan anak ke-9 dari 10 adik beradik, aku dilahirkan dinegeri Serambi Mekah di Pantai Timur Malaysia iaitu Kelantan Darul Naim. Tapi kedua orang tua aku adalah anak jati Kuala Lumpur, ini kerana aku dilahirkan disana sewaktu ayah aku ditugaskan disana.

Senyuman manis untuk pembaca

Kini kami sekeluarga menetap di Selangor setelah ayahku pencen pada tahun 1992 sehingga kini. Ayah aku telah dijemput ilahi pada tahun 2000 akibat komplikasi jantung dan selepas itu giliran ibuku pada tahun 2017 akibat sakit tua.

Saat entry ini ditulis, aku berumur 35 tahun pada tahun ini, aku telah mendirikan perkahwinan dengan seorang wanita yang berjaya mencuri hati aku selepas aku mengalami kegagalan perkahwinan yang pertama pada tahun 2017, kami disatukan pada tahun 2018 selepas perkenalan yang singkat sahaja.

aku dan isteri yang banyak memberi dorongan

Aku berkelulusan diploma dalam bidang Automotive Maintenance di UNIKL-MFI (Malaysia France Institute) dan juga merupakan seorang bekas Penjawat Awam di Majlis Perbandaran Selayang(2006-2012), selepas itu aku bertekad untuk menjadi Usahawan demi mengejar Impian aku.

Aku juga sangat meminati sukan, tak kiralah apa jenis sukan tetapi yang paling aku gemari adalah sukan extreme dan Sepak Takraw. Memang dari kecil aku memang terdedah dengan arena sukan kerana adik beradik aku memang aktif dengan sukan.

Kini, aku berjuang sepenuhnya dalam bidang kejurujualan di platform Coway (M) Sdn Bhd, walaupun bidang ini tak pernah aku impikan dan terfikir dalam hdup, tapi aku gembira kerana telah membuat keputusan yang agak besar untuk lompat ke bidang ini.

Platform terbaik yang aku sedang berada

Semoga entry ini dapat memberi pengenalan yang baik tentang diri aku ini ataupun sebagi permulaan hubungan ini.

Shamsul Bahri
Mencari Sebuah Jawapan


Primary Sidebar

Recent Posts

  • TIPS MENGAWAL & MENYELESAIKAN MASALAH
  • BIBIR TEBAL AKIBAT AYAM
  • KEGILAAN PEMINAT HOT WHEELS
  • Jangan salah beli raket Badminton
  • Di Sebalik Penulisan Blog Ini

Recent Comments

  • A WordPress Commenter on Hello world!

Archives

  • March 2019

Categories

  • Aktiviti
  • Family & Parenting
  • Food
  • Sports
  • Tips & Info
  • Travel & Leisure

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Karipap Kentang on the Foodie Pro Theme