• Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Karipap Kentang

Ayam Pedas

BIBIR TEBAL AKIBAT AYAM

21 March 2019 by bubbly Leave a Comment

Aku memang dilahirkan dalam keluarga yang suka makan pedas, jadi kalau makan yang tak pedas ni rasa kurang kaw la, mesti nak kena pedas jugak.

4 bulan yang lepas aku terjumpa 1 posting di fesbuk tentang sebuah kedai yang sibuk diperkatakan tentang kepedasan sambal menpunyai tahap pedas gila, kita sebagai pelanggan boleh pilih nak pedas yang macamana.

Satu hari aku dengan isteri tengah pening nak makan dimana, biasalah kalau tanya orang perempuan jawapannya mestilah “saya ikut awak jer”, jadi sebagai lelaki yang hensem. Aku pun memilih tempat makan.

Kali ini aku pilih nak makan di Warung Ayam Gepuk Pak Gembus, lepas solat zuhur kami bersiap nak ke kedai itu, lokasi warung itu terletak di Rasta TTDI yang terletak di Taman Tun Dr. Ismail, berhampiran trafik light Sungai Penchala.

Kalau datang waktu lunch memang akan beratur lama sikit la jawabnya

Sampai je disana, kami terus kewarung Ayam Gepuk Pak Gembus tu, kami beratur untuk order, ada beberapa pilihan menu tapi asasnya adalah Nasi Putih, Ayam Goreng & Sambal Giling.

Sambal pulak ada beberapa level, boleh pilih nak yang biasa, pedas & Pedas Gila. Aku yang berdarah Minang ni dengan bongkak terus order tahap Pedas Gila dan Pedas untuk isteri aku.

Tapi budak kaunter tu terus tegur “Abang baru first time makan kan.?” Aku pun jawab “betul, baru nak cuba”. Terus budak kaunter tu menjawab balik “apa kata abang cuba dulu tahap Pedas, saya risau abang tak boleh makan jer yang pedas gila ni”

Dengan muka tak puas hati aku pun meng’iya’kan je la apa saranan dia sambil dalam hati aku cakap “pedas sangat ke sampai tak bagi aku order yang tu”

Tengok dia giling cili tu pun dah berkecur air liur

Disebabkan kami datang waktu makan tengahari maka lama jugak kami menunggu, adalah dalam 20 minit baru dapat makanan kami. Memang tak sabar nak rasa ni.

Dimulakan dengan bismillah, aku gaulkan nasi putih tadi dengan sambal dan ayam goreng tadi, untuk suapan pertama yang agak gelojoh terus terbeliak mata aku dengan kepedasan dia.

Nasib baik aku dengar nasihat budak tu, kalau tak memang tak makan la aku, lalu aku berusahalah nak habiskan nasi tadi, terpaksa aku tambah kicap manis untuk kurangkan pedasnya.

dimulakan dengan bismillah

Walaupun bibir aku makin menebal dek kepedasan Sambal tadi, tapi kesedapan Sambal tu yang digaul dengan bawang goreng memang padu, pedas berlemak bab kata orang.

Sambil makan sambil aku lap peluh aku, bini aku selamba jer dia makan tanpa rasa bersalah, aku dah dua gelas air habis ni. Rupanya bini aku lagi hebat dari aku bab makan pedas ni. Makin tebal bibir aku yang sememangnya tebal ni.

Kalau korang nak cuba resepi dari Surabaya ni, korang bolehlah cari Warung Ayam Gepuk Pak Gembus. Tips yang aku nak share kalau nak makan kat sini adalah :-

1) Ambil pedas Tahap 10 cili je untuk yang pertama kali
2) Datang sebelum waktu makan tengah hari.
3) Ayam cepat habis, jadi datang awal
4) Jangan berlagak macam aku hahahaha

Specialnya kat sini, Nasi & Sambal boleh ditambah secara ‘FREE OF CHARGE’. Kalau kedai lain tambah Nasi & Sambal kalau tambah mesti kena caj. Kira kedai ni pemurah la gitu.

Lokasi Warung Ayam Gepuk Pak Gembus ni yang aku pernah pergi di :-

1) Rasta TTDI
2) Jalan Gombak
3) Keramat
4) Selayang

Dia ada beberapa cawangan lain lagi, tapi belum pernah sampai. Walaupun sedap, tapi menu ni tak boleh makan selalu risau kena apendiks dan buasir je nanti. Hahahaha

Korang bolehlah try menu ni, pasti korang puas hati. Meleleh pulak air liur aku saat tengah buat entry ni. Esok nak cari la Warung Ayam Gepuk Pak gembus ni. Waze atau Google je location yang berdekatan dengan lokasi korang yer

Shamsul Bahri
Suka Cari Kedai Makan

Filed Under: Food Tagged With: Ayam Gepuk Pak Gembus, Ayam Pedas, lokasi tempat makan sedap di KL, Rasta TTDI

Primary Sidebar

Recent Posts

  • TIPS MENGAWAL & MENYELESAIKAN MASALAH
  • BIBIR TEBAL AKIBAT AYAM
  • KEGILAAN PEMINAT HOT WHEELS
  • Jangan salah beli raket Badminton
  • Di Sebalik Penulisan Blog Ini

Recent Comments

  • A WordPress Commenter on Hello world!

Archives

  • March 2019

Categories

  • Aktiviti
  • Family & Parenting
  • Food
  • Sports
  • Tips & Info
  • Travel & Leisure

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Karipap Kentang on the Foodie Pro Theme